KISAH YANG MENUNJUKKAN KETAQWAAN
Ajaran-ajaran mengenai taqwa yang terkandung didalam kitab suci Al-Quran dan Hadith tidak
dapat dibentangkan secara keseluruhannya buat masa ini namun kepentingan taqwa
sudah tentu tidak dapat diragui. Tanpa taqwa segala kejayaan batiniah sudah
pasti tidak tercapai. Dalam sebuah hadith, Rasulullah
s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"Perasaan takutkan Allah
s.w.t. merupakan sumber kebijaksaan."
Ibnu Umar sering menangis kerana takutkan Allah
s.w.t. sehingga matanya buta. Katanya kepada seorang yang
memerhatikannya:"Agaknya kamu hairan melihat aku menangis?Matahari pun
menangis kerana takutkan Allah s.w.t..."
Pada suatu hari Nabi Muhammad s.a.w. telah
mendengar seorang sahabat Baginda s.a.w. yang
sedang membaca Al-Quran. Apabila sampai keayat
yang bermaksud:
"Maka apabila langit terbelah dan menjadi merah seperti
kulit yang merah"(AL-RAHMAN-37)
Bulu roma sipembaca itu berdiri tegak dan dia menangis tersedu-sedu
sambil bertanya:"Aduh, apakah yang akan berlaku pada diriku apabila langit
terbelah?Malang sungguh nasibku ini." Nabi
Muhammad s.a.w. berkata kepadanya:" Tangisanmu telah menyebabkan
para malaikat menangis bersama-sama."
Jawapan yang sama telah diberikan oleh Nabi Muhammad
s.a.wkepada seorang Ansar yang duduk menangis selepas menunaikan
sembahyang Tahajjud. Abdullah bin Rawahah telah menangis pada suatu hari.
Isterinya melihat keadaannya turut menangis bersama-sama, dia bertanya kepada
isterinya itu:"Mengapa kamu menangis?"Kata Abdullah:"Apabila aku
teringat yang aku terpaksa menyeberangi neraka melalui Titisirat, aku
menangis."Aku tidak tahu sama ada aku akan berjaya menyeberanginya atau
tidak."
Pada suatu ketika Zurarah bin Aun sedang bersembahyang dimasjid. Apabila
ia membaca ayat yang bermaksud:"Maka apabila
ditiup sangkakala,maka yang demikian dihari itu,hari yang payah" (Al-Maudasir-8-9) Zurarah bin Aun jatuh dan meninggal
dunia!!!
Dalam salah satu sembahyangnya, Khulaid dalam qiraatnya telah membaca ayat yang
bermaksud: "Tiap-tiap jiwa akan merasai
mati" (Al-A'nkabut) Dia
telah mengulangi ayat itu beberapa kali sehinggakn tiba-tiba dia terdengar
suara orang yang mengatakan kepadanya:"Berapakali mesti kamu ulangi ayat
itu?Bacaan mu telah menyebabkan kematian empat jin!!!"
Dengarlah kata Nabi Muhammad s.a.w dan para
sahabat Baginda s.a.w. mengenai perasaan takut
akan Allah s.w.t..
Nabi Muhammad s.a.w.:"Segala-galanya
takut akan orang yang takutkan Allah s.w.t.
Sebaliknya segala-galanya menjadi sumber ketakutan kepada orang yang takutkan
sesuatu selain dari Allah s.w.t.."
Yahya bin Ma'az:"Seandainya seorang manusia itu takutkan neraka sebanyak
ia tukutkan kemiskinan, ia akan memasuki syurga."
Abu Sulaiman Darani:"Kecelakaan bagi jiwa yang kosong dengan perasaan
takut kepada Allah s.w.t.."
Nabi Mubammad s.a.w.:"Wajah yang dibasahi
oleh air mata kerana tkutkan Allah s.w.t..,
walau bagaimana sedikit pun air mata itu, terselamat dari api
neraka.""Apabila seorang muslim mengeletar kerana takutkan Allah s.w.t., gugurlah dosa-dosanya seperti daun-daun
yang kering berguguran."
Aqbah bin Amir berkata kepada Nabi Mubammad s.a.w.:"Tunjukkan
daku jalan kearah keselamatan." Jawab Nabi
Muhammad s.a.w.:"Jangan banyak bercakap dan tinggallah dirumah
sambil menangis mengenangkan dosa-dosamu."
Aishah r.a.hu telah bertanya kepada Nabi Muhammad
s.a.w.:"Adakah diantara pengikut-pengikutmu yang akan memasuki
syurga tanpa perhitungan?"Nabi Muhammad s.a.w. menjawab:"Ya,
dia ialah orang yang banyak menangis menyesali segla dosa-dosanya yang telah ia
lakukan."
Nabi Muhammad s.a.w.:"Ada dua jenis titisan
yang sangat-sangat dihargai Allah s.w.t..Titisan
air mata kerana takutkanNya dan titisan darah
yang ditumpahkan kerana berjuang dijalanNya."
Mengikut sebuah Hadith ada tujuh jenis manusia yang dapat melindungi diri
dibawah naungan A'rash. Salah seorang daripada
mereka ini ialah orang yang menangis apabila berseorangan kerana takutkan Allah s.w.t. dan kerana menyesali dosa-dosa yang telah
lampau.
Umar r.a. hu berkata:"Kalau pada Hari Perhitungan diistiharkan yang semua
manusia kecuali seorang sahaja akan memasuki neraka, sudah tentu dosa-dosaku
akan menyebabkan aku menyangka yang simalang itu ialah aku sendiri. Sebalinya
kalau diisteharkan yang semua manusia kecuali seorang sahaja akan memasuki
syurga, sudah tentu aku akan berharap yang orang yang menjadi pilihan Allah s.w.t. itu adalah aku sendiri."
Kisah Umar r.a.hu itu tadi menunjukkan betapa perlunya perasaan takut bercampur
dengan harapan ini terselit dihati umat Islam yang inginkan kebahagiaan
ukhrawi.Bila menghadapi maut pula harapan akan rahmat Allah
s.w.t. sepatutnya melebihi perasaan takut tadi.Kata Nabi Muhammad s.a.w.: "Tidak seorang pun
sepatutnya mati tanpa harapan yang kuat akan rahmat Allah
s.w.t.."
Apabila Imam Ahmad bin Hambal sedang menghadapi maut, dia menggesakan anaknya
supaya membaca hadith-hadith Nabi Muhammad s.a.w.. matan-matannya
menekankan tentang perlunya ada harapan akan rahmat Allah
s.w.t.."